Waktu Solat (Kuala Lumpur)

Sunday, 15 May 2011

Apa itu Talasemia/Thalassemia

Sekadar fakta ringkas.
Bukanlah saya seorang doktor perubatan, tetapi dengan merujuk kepada sebuah majalah kesihatan inilah yang dapat saya kongsi bersama:

Apa itu Talasemia?
Ia berasal dari perkataan Greek, thalasanemia yang bermaksud anemia berhampiran laut. Talasemia merupakan sejenis penyakit darah yang diwarisi kerana ketidakupayaan tubuh menghasilkan hemoglobin. Hemoglobin ialah sejenis protein yang terdapat dalam sel-sel darah merah yang membawa oksigen dan zat makanan ke seluruh tubuh.  
Keadaan ini menyebabkan sel-sel darah merah gagal membawa bekalan oksigen yang mencukupi untuk keperluan tubuh. Sebelum ini dikenali sebagai penyakit Mediterranean anemia. Sejak berabad-abad lamanya ia menyebabkan kematian di kalangan kanak-kanak. Sehingga 1925, gambaran klinikal penyakit ini baru dikenal pasti oleh seorang pakar pediatric, Dr. Thomas Cooley. Ia kemudian dikenali sebagai anemia Cooley. Penyakit ini tidak hanya berlaku di Mediterranean, malah di Asia Barat, India, Asia Tenggara dan Afrika.

Penyakit ini menyebabkan:
  1. Sumsum tulang tidak boleh menghasilkan sel-sel darah merah.
  2. Jantung dan lain-lain organ penting gagal berfungsi.
  3. Pesakit kelihatan pucat dan letih sepanjang masa.
  4. Jika dibiarkan tanpa rawatan, pesakit biasanya akan meninggal dunai antara satu hingga lapan tahun.

Jenis-jenis Talasemia.
  1. Talasemia minor – individu sihat yang menjadi pembawa.
  2. Talasemia major – pesakit talasemia yang serius, memerlukan pemindahan darah setiap bulan dan ubat-ubatan untuk membuang zat besi.
  3. Talasemia intermedia – individu yang tidak mempunyai gejala talasemia tetapi mungkin memerlukan pemindahan darah semasa hamil, jangkitan yang serius dan sebagainya.

Fakta Talasemia.
  1. Penyakit keturunan yang paling kerap ditemui, tetapi kurang mendapat pehatian masyarakat.
  2. Kira-kira 90 % kanak-kanak talasemia lahir daripada ibu bapa yang tidak sedar status mereka sebagai pembawa.
  3. Sabah negeri yang mencatat pesakit talasemia major tertinggi di Malaysia.
  4. Kira-kira 4.5 % orang Cina di Malaysia terdiri daripada pembawa penyakit ini, tetapi jarng berlaku di kalangan orang India.
  5. Mereka yang berasal dari utara India berkecenderungan mempunyai status sebagai pembawa.

Persoalan.
  1. Kenapa pesakit talasemia perlukan ubat untuk membuang zat besi?
  2. Apakah ubat tersebut? Cara pengambilannya?

No comments:

Post a Comment